MANGSA BANJIR SEMAKIN MENINGKAT NAIK DI KELANTAN



MANGSA BANJIR SEMAKIN MENINGKAT NAIK DI KELANTAN

Sehingga pukul 5.00 pagi ini, dilaporkan seramai 4,530 orang mangsa banjir telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang diselenggara oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Info Bencana JKM).

Semua mangsa dari 1,462 buah keluarga dari Jajahan Tanah Merah dan Pasir Mas telah dipindahkan di 12 PPS. PPS di Bachok telah pun ditutup.

Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia akan terus memantau perkembangan di sana.

Semua petugas dan sukarelawan Khidmat Malaysia di seluruh negara mestilah bersiap sedia untuk menerima arahan selanjutnya.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
4 Disember 2023, 5.00 pagi
_____________________________
Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) Khidmat Malaysia kini diaktifkan, sebarang pertanyaan, boleh hubungi 011-56553427 (Hotline).

Sumbangan boleh disalurkan pada:
Pertubuhan Pengurusan Kecemasan Bencana (Khidmat Malaysia)
– 12225010037517 (Bank Islam)
– 562384542866 (Maybank)

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

Ulasan