PAN JANGAN JADI KHADAM DAP
1. DAP baru beri cadangan, AMANAH Selangor sudah siap meluluskan usul mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula Parlimen di seluruh negara menjelang PRU-16.
2. Usul tersebut pula disokong sebulat suara oleh lebih 300 perwakilan yang hadir ke Konvensyen AMANAH Selangor 2023.
3. Adakah menjadi pak turut kepada DAP adalah salah satu usaha mengukuhkan kerajaan perpaduan seperti yang diseru Pengerusi AMANAH Selangor? Maklumlah DAP mempunyai kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan hari ini.
4. Sedarkah AMANAH bahawa DAP hanya gunakan mereka untuk menampakkan seolah-olah agenda persempadanan semula ini datang dari suara akar umbi orang Melayu?
5. Dulu mantan Menteri Wilayah Persekutuan daripada PAN, Khalid Samad kata persempadanan semula pilihan raya cuma cerita dongeng. Hari ini PAN sendiri yang bantu realisasikan hasrat DAP.
7. AMANAH yang memegang 5 daripada 56 kerusi DUN di Dewan Negeri Selangor sepatutnya membawa suara Melayu Islam dan bukannya membawa naratif DAP yang merugikan bangsa sendiri.
8. Kalian sudah mencapai usia 8 tahun dan sewajarnya sudah mumaiyiz untuk memilih antara baik dan buruk. Jangan hinakan diri dengan menjadi khadam kepada DAP.
HAJI ZAIDY ABDUL TALIB
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Selangor
19 Disember 2023
Ulasan
Catat Ulasan