PARTI KERAJAAN PERPADUAN LEBIH SESUAI DIPANGGIL PARTI PEMBANGKANG PERPADUAN




PARTI KERAJAAN PERPADUAN LEBIH SESUAI DIPANGGIL PARTI PEMBANGKANG PERPADUAN

Saya terbaca tadi dalam Sinar Harian Online, betapa Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perlunya membuat analisa terhadap tawaran yang BN kemukakan di PRK kemaman tidak dapat memenangi hati pengundi Kemaman.

Secara umumnya saya setuju dengan luahan hati Ahli Parlimen Pontian ini yang mungkin terkejut dengan kemenangan besar calon PAS/Perikatan Nasional yang diumumkan semalam.

Malah, undi yang diterima oleh calon BN jauh lebih rendah yang diterima semasa PRU15, itupun belum lagi dikira dengan jumlah undi yang diterima calon HARAPAN.

Sebagai pemerhati dari luar ; sudah tentulah kita boleh lihat bagaimana kaedah dan cara BN berkempen sepanjang PRK Kemaman.

Ada yang berseloroh; apakah pemimpin parti Kerajaan Perpaduan ini berceramah seperti mereka ini Pembangkang? Apakah isi ceramah mereka cukup kuat untuk memperlihatkan mereka adaah parti kerajaan?

Contoh paling teruk apabila Dato' Seri Ahmad Said tanpa segan silu menceritakan di dalam ceramah kononnya ada orang melihat Presiden PAS mandi di dalam kolah air di Masjid Rusila?

Bukan orang atas pagar malah orang UMNO pun malu dengan cerita dongeng yang cuba dicipta oleh pemimpin UMNO/BN ini.

Fitnah bertebaran khususnya di dalan medsos, saya share salah satu posting Page FB "GEMA BIRU Terengganu" yang penuh dengan propagnda yang memalukan.

Sebenarnya bukannya masalah tawaran yang dikemukakan tetapi Pengundi di Kemaman mahukan perubahan besar kerajaan Pusat dan Kemaman adalah referendum rakyat yang jelas dan nyata.

Parti Kerajaan Perpaduan lebih sesuai untuk dipanggil sebagai Parti Pembangkang Perpaduan.

KFAK

Ulasan