Peribadi mahal Dr Sam - Adun Bota

Peribadi mahal Dr Sam
December 8, 2023

Share

SEBAGAI orang penting di negeri dan memegang jawatan tinggi dalam parti, Dr Samsuri (Dr Sam) didakwa akan terlalu sibuk sehingga tiada masa turun ke Kemaman.

Dr Sam membuktikan kemampuan beliau menyusun masa dengan baik agar dapat turun ke Kemaman dalam kesibukan beliau menguruskan kerja hakiki.

Boleh dikatakan hampir setiap malam Dr Sam berulang-alik ke Kemaman sepanjang tempoh kempen.

Bahkan ada satu ketika beliau bergerak ke Kemaman dengan kereta yang dipandu sendiri oleh menantu beliau supaya dapat meluangkan masa bersama anak cucu yang pulang ke kampung.

Pihak lawan cuba membawa naratif dengan mendesak Dr Sam meletakkan jawatan Menteri Besar dan bertanding secara berani. Bagi mereka tidak adil bertanding sebagai seorang Menteri Besar dan ADUN.

Dr Sam juga dituduh tamak jawatan seolah-olah tidak ada calon lain yang lebih layak bertanding di Kemaman.

Dijawab Presiden PAS, ada 2 orang Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri PH juga memegang jawatan Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN serentak.

Walaupun PH-BN membuat pembunuhan imej kepada Dr Sam, namun ketenangan Dr Sam berjaya menangkis dakwaan mereka.

Tidak ada satu perkataan yang keluar daripada mulut Dr Sam menyerang balik peribadi calon Umno mahupun kepada orang-orang yang mencemuh beliau.

Rakyat Terengganu juga pasti menyedari sikap Dr Sam yang tidak pernah menggunakan pentas sebagai Menteri Besar untuk berceramah politik atau menyerang parti lawan.

Ada satu peristiwa apabila musuh politik cuba menjatuhkan beliau ketika banjir di Terengganu. Dr Sam berada di New Zealand ketika itu untuk melawat anak menantu dan cucu beliau.

Ada kisah sebenar yang pasti boleh digunakan untuk dijadikan alasan kukuh ketika itu namun respon Dr Sam ketika itu, “Apa jua alasan diberikan tiada guna lagi, maafkan saya. Insya-Allah akan cuba buat lebih baik.”

Ketenangan inilah yang menjadi peribadi ‘mahal’ Dr Sam. Dengan kekuatan sebuah ketenangan ini, dalam diam Dr Sam berjaya mentadbir Terengganu dengan cemerlang.

2 kejayaan terbesar dalam era pentadbiran Dr Sam adalah dengan memulihkan projek sakit tinggalan Umno tanpa memburukkan parti itu dan berjaya melaksanakan 20 manifesto yang dijanjikan.

Dua kejayaan ini memberi kelebihan kepada Dr Sam membeli jiwa rakyat Terengganu dengan meletakkan kayu ukur yang tinggi dalam pentadbiran beliau, jauh berbeza dengan apa yang dirasai rakyat ketika pentadbiran Umno.

Kemenangan Kemaman ini telah mengangkat Dr Sam ke satu tahap yang sukar ditandingi.

YB DR. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD
Ketua Penerangan Muslimat PAS
ADUN Bota
8 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 8/12/2023

Ulasan