PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA : MUTU PENGADILAN DIPERTIKAI LAGI


Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Jika sebelum bermulanya perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, pertikaian dilemparkan kepada keadaan padang Stadium Bukit Jalil tetapi segala bertukar apabila mutu pengadilan mula dipertikai. Malah, ianya bukan sahaja dikecam oleh peminat pasukan JDT dan TFC, kecaman dan kritikan juga hadir daripada kalangan peminat bola sepak di seluruh negara.

Media utama, turut mengeecam kualiti pegadilan malah meletakkan sasaran kepada S Logeswaran mencuri tumpuan apabila dikatakan 'bias' oleh peminat bola sepak tempatan dan kerap gagal membuat keputusan yang sewajarnya.

Hakikatnya, pertikaian terhadap mutu pengadilan di Malaysia menjadi topik utama, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perlawanan seperti sepenting malam tadi.

Realitinya, tidak semudah yang disangka untuk mengendalikan perlawanan akhir seperti semalam kerana jutaan peminat Malaysia memerhatikan dengan tekun dan emosi. Jangan kata yang melihat secara 'live' di stadium, malah mereka yang menonton melalui kaca TV dan gajet juga turut merasa tekanan yang memuncak.

Saya fikir, sudah tiba masanya FAM menggunakan Pengadil Professional dari luar negara yang diiktiraf FIFA sekiranya perkara seperti ini terus berlarutan. Sekurang-kurangnya, ia akan meminimakan pertikaian mutu pengadilan dan tohmahan Pengadil 'bias' kepada pasukan tertentu pada masa akan datang.

Menghadapi perlawanan akhir semalam, dua kali kita dimalukan di mata dunia ; Padang dan Pengadil.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Luaskan Kuasamu

Ulasan