CALON PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seorang yang popular dalam pendekatannya sebagai Menteri Besar. Laporan awal yang Umno/BN terima mereka dalam keadaan tertekan iaitu dalam pendekatan kempen bersasar yang mereka telah rancang sebelum ini. BN menyaksikan sendiri kempen secara persekitarannya amat menyebelahi PAS lebih lebih lagi dalam tempoh terakhir semalam sehingga berlaku ‘provokasi’. Temubual Pengarang Harakah bersama Pengarah Pilihan Raya PAS As Sabiqun Pusat/Pengarah Pilihan Raya Kelantan, DR WAN NIK WAN YUSOFF di Chukai, Kemaman.
HARAKAH: ‘Flashmob’ jentera PAS di persimpangan lampu isyarat Jalan Sulaimani menghala ke Kuantan, petang Jumaat 1 Disember lalu telah berlaku kekecohan berpunca apabila kenderaan dinaiki Ketua Pemuda Umno berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan ketika lampu isyarat di persimpangan itu berwarna hijau dan beliau telah membuat ‘provokasi’ kepada jentera PAS. Bagaimana Dr melihat senario ini dalam keadaan kempen PAS yang tenang selama dua minggu?
DR WAN NIK WAN YUSOF: Sebelum Pemuda Umno itu datang mereka telah mendapat maklumat yang BN tertekan dalam kempen-kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kali ini. Antara isu yang kita lihat daripada segi penampilan calon daripada awal lagi sudah kelemahan dalam strategi mereka untuk menyaingi populariti Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku calon PERIKATAN NASIONAL (PAS).
Ini kerana Dr Samsuri seorang yang popular dalam pendekatannya sebagai Menteri Besar. Laporan awal yang Umno/BN terima mereka dalam keadaan tertekan iaitu dalam pendekatan kempen bersasar yang mereka telah rancang sebelum ini. BN menyaksikan sendiri kempen secara persekitarannya amat menyebelahi PAS lebih lebih lagi dalam tempoh terakhir semalam.
Di penghujung kempen apabila PAS di seluruh lokasi strategik diadakan ‘flashmob’ dan menerima banyak respons daripada orang lalu lalang, sekali gus ia memberi satu keadaan yang cukup tertekan kepada Umno/BN.
Senario ini digambarkan lagi supaya perancangan mereka pengundi luar dan pengundi yang sebelum ini tak keluar mengundi tidak ada respons. Bagaimanapun, hasil daripada laporan pihak perisikan mereka menerima laporan bahawa pengundi di luar sedikit positif apabila Dr Samsuri sendiri bertanding sebagai calon PERIKATAN NASIONAL.
Ia menambah lagi tekanan psikologi dan emosi kepimpinan Umno akan kalah besar. Sebelum ini Perdana Menteri turut berkempen selama tiga hari dj Kemaman dan dianggap dapat memberi impak kepada sokongan pengundi kepada calon BN di saat akhir. Tapi maklum balas daripada pihak tertentu didapati impak kehadiran PMX itu tidak memberi suatu yang terbaik.
Jadi, ini di antara senarionya dan ditambah lagi analisis dalaman di peringkat mereka sendiri mendapati kemungkinann pola keluar mengundi itu tidak menyebelahi mereka khususnya di segmen pengundi tradisi mereka di kawasan Felda, mahupun kalangan pengundi warga emas. Ditambah lagi masa sekarang ini kebetulan ramai mahasiswa balik cuti dan sudah pasti mereka akan keluar mengundi.
Secara tidak langsung mereka tidak akan mengundi BN. Jadi, selaku Ketua Pemuda Umno sudah tentu rasa tertekan. Sebab itu beliau sanggup melakukan sesuatu yang luar biasa dalam keadaan ‘trafic light’ hijau boleh berhentikan kereta dalam keadaan kereta di belakang banyak. Ini menyebabkan berlaku kekecohan. Ditambah dengan sikap, keluar kereta terus membuat ‘provokasi’ kepada petugas-petugas flashmob Pemuda PAS.
Kalau kita lihat Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) majoriti pengundi keluar mengundi turun, tidak mencapai sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apakah Dr menjangkakan majoriti pengundi meningkat memandangkan prestasi calon PERIKATAN NASIONAL?
Kalau kita perhati dalam sejarah dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Simpang Jeram dan DUN Pelangai, peratus pengundi keluar mengundi itu turun. Dalam maksud yang sama kita dapati ada strategik-strategik khusus yang perlu dibuat. PAS melihat apabila pola itu berlaku telah buat beberapa pendekatan yang lebih berstrategi untuk mengatasi kemerosotan pilihan raya pada kali ini.
Di antaranya untuk memastikan bertambahnya inisiatif menggerakkan pengundi luar untuk balik mengundi ada pelbagai pendekatan. Ini telah dilakukan oleh pihak jentera dan kebetulan orientasi pilihan raya di Kemaman ada 4 DUN. Dan 4 DUN semua dimenangi oleh PERIKATAN NASIONAL. DUN Kijal oleh Bersatu, DUN Kemasik, DUN Chukai dan DUN Air Putih.
Tiga lagi adalah PAS. Dalam PAS salah seorangnya adalah exco iaitu YB Hanafiah Mat. Jentera di peringkat DUN ini cukup kuat untuk mengambil langkah dan menggerakkan bagi membendung kemungkinan merosot keluar mengundi, jadi perkara ini telah dilakukan.
Itu aspek pertama yang kita dapati dalam penilaian PAS pengundi luar tidak balik. Atas asas itu kita mendengar laporan bahawa apabila universiti bercuti sebahagian mahasiswa sudah berada di lokasi mengundi pada hari ini. Manakala pengundi tempatan yang berada luar dari Kemaman, contoh di Kelantan, Pahang, Selangor telah mengambil langkah yang begitu khusus iaitu negeri yang datang membantu itu turut menghubungi pengundi secara individu untuk balik mengundi.
Sebahagian besar mereka memberi maklum balas akan balik sendiri kerana mereka pun maklum punca pilihan raya ini adalah rasuah. Jadi mereka tidak mahu menjadi penyebab kes rasuah. Mereka boleh balik sendiri tanpa ada bayaran dari parti.
Kadar keluar mengundi itu dijangka merosot sekitar 8 hingga 10 peratus. Kalau dahulu pilihan raya Kemaman mencapai 85 peratus. Pada PRK ini dijangka dalam 74 atau 75 peratus keluar mengundi.
Dengan jumlah keluar mengundi begitu disokong beberapa faktor yang tidak kondusif Umno-BN, kita dapat pertahankan kemenangan dengan bergaya. Ini satu keyakinan yang cukup baik untuk kita pertahankan populariti Dr Samsuri sebagai calon yang baik.
Dr apa impak besar kemenangan Dr Samsuri iaitu calon PAS kepada PERIKATAN NASIONAL?
Kalau kita lihat dalam pendekatan PRK Kemaman ini, sedikit sebanyak ia memberi mercu tanda kepada penampilan kepimpinan PAS dalam arus politik negara. PERIKATAN NASIONAL bersama PAS, Bersatu, Gerakan dan rakan-rakan lain di Sabah dan Sarawak telah mulakan satu landskap baru politik negara.
Sudah pasti kemenangan Dr Samsuri di Kemaman dapat memberi satu lagi pentanda atau kejayaan PERIKATAN NASIONAL kerana kepakaran dan keilmuan Dr Samsuri boleh memberi satu pandangan yang lebih hebat di peringkat nasional.
Malahan kita boleh bersetuju dengan kenyataan Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Dr Samsuri boleh dijadikan sebagai calon Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang. Ini perkara yang penting dalam pilihan raya kecil parlimen Kemaman. – HARAKAHDAILY 2/12/2023
Ulasan
Catat Ulasan