RISALAH PENERANGAN PAS JOHOR - PERLU FOKUS PEMULIHAN EKONOMI, TINGKAT NILAI RINGGIT; BUKAN BANGKIT ISU PM BUKAN MELAYU.



RISALAH PENERANGAN PAS JOHOR - PERLU FOKUS PEMULIHAN EKONOMI, TINGKAT NILAI RINGGIT; BUKAN BANGKIT ISU PM BUKAN MELAYU.

Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang dibina di atas prinsip rukun negara berasaskan perlembagaan negara. Dahulunya ia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Sejarah membuktikan perjuangan orang Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Portugis, British dan Jepun sehingga ada yang terpaksa berkorban nyawa.

Semua ini dilakukan kerana semangat patriotisma dan cintakan tanah air yang dinilai mulia di sisi agama dan masyarakat.

Kebelakangan ini kita mendengar suara mula didendang kononnya Perdana Menteri Malaysia boleh dilantik daripada bukan Melayu. Isu yang tidak menguntungkan dan pandangan yang tidak relevan untuk dilontarkan.

Apakah tujuan dan kepentingan isu seumpama ini dibangkitkan? Sedangkan kemelut ekonomi, kenaikan harga barang, nilai ringgit yang tidak stabil, adalah lebih utama untuk diperbahaskan dan dicari penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Begitu juga isu integriti, kebolehpercayaan dan pelaksanaan janji manifesto yang masih menimbulkan tanda tanya kepada rakyat dan masyarakat umum.

Justeru PAS Johor menggesa kerajaan memberikan fokus kepada strategi dan tindakan ke arah mengislahkan (pemulihan) ekonomi serta peningkatan nilai ringgit, bukannya bermain dengan isu picisan yang tidak menguntungkan rakyat dan negara bahkan boleh menimbulkan polemik baharu.

'Adil, Prihatin dan Berkebajikan'

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
1 Jamadil Akhir 1445
15 Disember 2023

Ulasan