RM500 RIBU BERJAYA DIKUMPUL UNTUK DANA BENCANA ALAM




RM500 RIBU BERJAYA DIKUMPUL UNTUK DANA BENCANA ALAM

PASIR MAS - Sebanyak RM500 ribu berjaya dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak untuk dana bantuan bencana pada Majlis Pelancaran Dana Bencana Khidmat Malaysia di Pusat Khidmat DUN (PKD) Meranti, semalam.

Majlis anjuran Khidmat Malaysia itu disempurnakan Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Katanya, Kelantan adalah negeri yang setiap tahun berdepan masalah banjir kesan daripada pergerakan angin Monsun Timur Laut.

"Dalam mendepani masalah ini kerjasama semua pihak amat diharapkan untuk membantu mereka yang terkesan musibah banjir.

Melalui sumbangan semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu akan dapat membantu banyak perkara berkaitan kebajikan mangsa banjir," katanya.

Tambahnya, kita diuji oleh Allah SWT ketika kita senang dan susah, dengan membantu orang dalam kesusahan kita akan ditolong oleh Allah SWT sama ada di dunia atau di akhirat ketika kita susah.

Antara penyumbang utama agensi kerajaan negeri ialah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM).

Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan (YAKIN), Ladang Rakyat, wakil-wakil rakyat dan orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Khidmat Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary mengalu-alukan sesi apa sahaja yang berhajat untuk memberi sumbangan boleh menyalurkan dana ke akaun Maybank Khidmat Malaysia yang bernombor 562384542866.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, mantan Menteri Besar yang juga ADN Pasir Pekan, YB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

Ulasan