TAN SRI ; SIAPA CADANGKAN PINDAAN FASAL TIGA PERLEMBAGAAN UMNO?



TAN SRI ; SIAPA CADANGKAN PINDAAN FASAL TIGA PERLEMBAGAAN UMNO?

Pagi ini, memang saya menantikan saat ini untuk bertanyakan beberapa soalan yang perlu saya tahu kisah yang sebenarnya.

Antara yang saya nak tanya adalah siapakah yang mecadangkan supaya Perlembagaan UMNO dipinda supaya agama Islam diletakkan di hadapan pada Fasal Asas dan Tujuan.

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN

SEBELUM PINDAAN : UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara

SELEPAS PINDAAN : UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara.
Tan Sri kata, cadangan itu datang dari beliau yang mahu Islam diutamakan dalam perjuangan.

Tujuan saya bertanya soalan ini sebab saya ingin kepastian dahulu sebelum saya terbitkan satu penulisan tentang Tan Sri Annuar Musa sejak saya kenal beliau dalam Penyatuan Ummah.

KFAK

Ulasan