TINGKATKAN KESELAMATAN BAGI MENGHADAPI BENCANA BANJIR



TINGKATKAN KESELAMATAN BAGI MENGHADAPI BENCANA BANJIR
Tarikh : 23 Disember 2023

Merujuk kepada laporan dari Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang terkini, adalah dijangka bahawa beberapa daerah di Kelantan dijangka akan dilanda banjir bermula hari ini hingga Isnin susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh MetMalaysia.

Daerah yang dijangka akan terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, amaran hujan berterusan (waspada) turut dikeluarkan yang diramalkan berlaku di Jeli dan Gua Musang, Kelantan dan Pahang melibatkan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin hingga Isnin depan, manakala Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka berlaku hingga esok.

Amaran sama turut dikeluarkan pada Ahad hingga Isnin melibatkan keseluruhan Perlis, Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling dan Perak di Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Khidmat Malaysia akan terus membuat pemantauan terhadap perkembangan ini melalui Khidmat Malaysia di peringkat Negeri/Wilayah. Langkah persediaan untuk bantuan kecemasan (rescue) di bawah Jabatan Amal Malaysia (JAM) terus berada dalam keadaan berwaspada untuk menerima arahan yang selanjutnya.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia

Ulasan