YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM ADALAH AHLI MAJLIS SYURA PAS



YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM ADALAH AHLI MAJLIS SYURA PAS

Orangnya masih muda dan jauh lebih muda dari saya. Walaupun tak pernah duduk sezaman dan seangkatan tetapi Ustaz Hishamuddin pernah saya kenal sebelum ini dalam Pemuda PAS.

Beliau (berkopiah) adalah ADUN Tepoh dan penggal ini dilantik pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.

Apabila saya terlihat gambar beliau semalam menyarungkan medal di Stadium Bukit Jalil, saya tak pernah terfikir bahawa satu hari nanti seorang Anggota Majlis Syura PAS (MSU) akan berada di posisi seperti ini, sebagai Exco Sukan.

Rasa bangga pun ada, rasa terharu pun ada. Perkembangan muktakhir PAS kini menjadi pilihan rakyat Malaysia. PAS akan terus mara kehadapan, insya Allah.

KFAK

Ulasan