FASA RELIEF : KHIDMAT MALAYSIA TERUS KOMITED MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN



FASA RELIEF : KHIDMAT MALAYSIA TERUS KOMITED MEMBANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Kira-kira 300 orang petugas dan sukarelawan telah berkumpul di perkarangan Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang semalam bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan beras dan barangan keperluan yang diterima daripada pelbagai pihak dari serata pelusuk negara.

Dalam tempoh dua hari, sebanyak 3500 kampit telah berjaya diserahkan di pusat pengumpulan. Sumbangan telah diserahkan oleh KM negeri Pahang, Selangor, Perak, Perlis dan Wilayah pada sebelah pagi manakala sumbangan negeri Johor akan diserahkan pada sebelah petang.

Kelmarin, 1500 kampit beras dserahkan oleh Khidmat Malaysia Kedah untuk diagihkan kepada mangsa bencana banjir di Parlimen Rantau Panjang.

Sebanyak 32,571 Keluarga Isi Rumah (KRI) telah terlibat dalam bencana banjir di Kelantan pada kali ini dan usaha untuk menyantuni seluruh KRI sedang diusahakan dengan sebaiknya.

Dalam majlis penyerahan sumbangan semalam, YB Puan Rohani Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita kerajaan negeri Kelantan telah melancarkan majlis penyerahan sumbangan beras dan barangan keperluan Khidmat Malaysia.

Di dalam ucapannya, Puan Rohani mengucapkan setinggi penghargaan kepada Khidmat Malaysia dan semua NGO yang telah turun membantu sejak bencana banjir melanda negeri Kelantan.

"Dalam segala kekurangan yang ada, kerajaan Kelantan akan terus membantu mangsa bencana banjir. Sudah tentulah sumbangan pelbagai pihak termasuklah daripada Khidmat Malaysia dan NGO akan meringankan bebanan para mangsa" ujur beliau.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa terharu di atas kehadiran para sukarelawan yang tidak putus-putus hadir ke Rantau Panjang sepanjang bencana banjir berlaku.

"Rantau Panjang telah dilanda banjir sejak akhir November dan telah berlaku beberapa kali gelombang. Saya terharu kerana masyarakat di luar Rantau Panjang dan dari luar Kelantan terus membantu kami"

Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil di dalam ucapan aluannya melahirkan rasa bangga kerana Khidmat Malaysia di seluruh negara terus memberikan komitmen kepada operasi bencana banjir.

"Kita telah melalui fasa Rescue dan kini kita berusaha untuk menyantuni mangsa melalui fasa bantuan atau fasa relief manakala fasa rehabilitation khususnya berkaitan dengan fasa rawatan kesihatan dan pemulihan akan disusuli bergantung dengan keperluan setempat" ujur beliau.

Di dalam majlis ini, simbolik penyerahan sumbangan beras telah disampaikan oleh Puan Rohani kepada wakil Khidmat Malaysia Rantau Panjang, Tumpat dan Pasir Mas semasa majlis tersebut.

Ulasan