MENJELANG DUA DEKAD DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS








MENJELANG DUA DEKAD DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS

Malam tadi, saya dijemput ke Kuala Terengganu untuk bentangkan satu tajuk iaitu Aturan dan Peraturan DHPP dan Persiapan Menghadapi Mesyuarat Agung.

Agak sukar untuk menolak permintaan DHPP walaupun aktiviti agak padat hujung minggu ini tetapi memandangkan DHPP adalah sayap PAS yang sangat penting dan penglibatan saya dengan anggota DHPP sejak tahun 2007 lagi maka saya bergerak juga walaupun dalam tempoh masa yang singkat.

Pada 11 Mac 2024 nanti, DHPP akan berusia 20 Tahun. Bermula dengan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dilancarkan pada 11 Mac 2014 oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang, DHPP terus melangkah kehadapan untuk berperanan sebagai sayap PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Dalam perbentangan semalam, ada beberapa tips dan cadangan yang telah saya lontarkan kepada para peserta dan saya juga mengambil catatan dan maklun dari apa yang telah dikemukakan semalam.

Tahniah kepada Balasubramaniam Nachiappan JP yang terus diberikan kepercayaan untuk meminpin DHPP sehingga ke hari ini.

Semoga DHPP akan terus bergerak kehadapan dalam satu pasukan yang mantap dan bersatu hati.
KFAK

Ulasan