PESAN USTAZ IDRIS AHMAD DI LIQA' FIKRI PAS PUSAT


"Walaupun kekuatan angka dan undi dalam pertembungan menerusi sistem pilihanraya demokrasi adalah penting, namun sokongan dan dokongan rakyat tidak akan dapat diperolehi tanpa adanya usaha dan gerakerja yang terancang, tersusun dan bersungguh-sungguh yang digerakkan oleh jentera teras parti yang berkualiti dengan gerakerja yang EFEKTIF dan EFISYEN"

"Kita seharusnya bertindak sebaik dan secepat mungkin mengubah dan menterjemah 'gelombang' dan kebangkitan yang ada bersama ketika ini kepada menjadi ahli yang benar-benar berintima' dan mendukung perjuangan Islam secara berjamaah bergerak aktif membawa obir prrjuangan ini secara BERSTRUKTUR, BERMANHAJ dan BERDISIPLIN"

AHLI DAN PIMPINAN PAS hendaklah ;

i. Serius hadiri program-program tarbiyah secara berterusan khususnya usrah dengan mengikuti nizam tarbiyah PAS secara tersusun di semua peringkat.

ii. Bersungguh-sungguh lagi bersemangat melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran kontemporari pelbagai yang diperlukan dalam menggerakkan organisasi PAS.

iii. Berusaha menjauhi sebagai anasir dan tindakan yang boleh memecahbelahkan jamaah serta kesatuan ahli dan kekuatan ukhuwwah sebagai benteng pertahanan jamaah.

iv. Wajib berusaha lengkapkan diri dari semasa ke semasa dengan muwasofat jundullah agar keperibadian Rasulullah dan generasi para sahabat dapat dicontohi semampu mungkin.

YB Ustaz Datuk Idris Ahmad
Liqa' Fikri PAS Pusat
13 Januari 2024

Ulasan