Tun Mahathir nafi jadi dalang Langkah Dubai

Tun Mahathir nafi jadi dalang Langkah Dubai
January 5, 2024

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau merupakan dalang rancangan untuk menggulingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Perdana Menteri dikenali sebagai Langkah Dubai.

“Terdapat banyak kekacauan sejak beberapa hari lalu mengenai Gerakan Dubai dan ada yang mengaitkan saya dengan percubaan yang dikatakan untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai,” kata beliau melalui tulisannya di X.

Tambahnya, Langkah Dubai halal tetapi beliau tidak terlibat.
Advertisement


“Keduanya, sepanjang ingatan saya, usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government (Kerajaan pintu belakang) adalah kepakaran Perdana Menteri.

“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor,” tulisnya di Facebook miliknya pula.

Dia juga menyatakan, ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ dan juga langkah ‘strong, formidable and convincing majority’.

“Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor (pintu belakang).

“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab Kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.

“Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM,” tulisnya di Facebook. – HARAKAHDAILY 5/1/2024

Ulasan