JAULAH KE PERAK : CATATAN KETIGA



JAULAH KE PERAK : CATATAN KETIGA
KAMPUNG GAJAH PERNAH MENJADI PUSAT PEMERINTAHAN NEGERI PERAK

Tarikh : 10 Februari 2024

Kehadiran saya di sini juga dapat menambahkan satu lagi maklumat iaitu pada satu ketika dahulu, kawasan Kampung Gajah dan sekitarnya adalah merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat pemerintahan negeri Perak di bawah Kesultanan Perak sebelum ianya dipindahkan ke Kuala Kangsar.

Pulau Tiga adalah sebagai contohnya; sebuah kampung yang terletak di tebing sebelah kanan Sungai Perak di daerah kecil Kampung Gajah pernah menjadi pusat pemerintahan beberapa sultan Perak bermula dengan Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan Perak yang ke 15. Pada zaman baginda, pusat pentadbiran Perak adalah dinamakan sebagai Cempaka Sari dan kemudian digelar sebagai Indera Sakti.

Sultan Mudzaffar Shah III ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke-13 yang telah memerintah mulai 1728 sehingga 1754. Baginda telah dimakamkan di Bota Kanan.

Sultan Perak ke-14, Sultan Muhammad Muhayat Shah ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah yang telah memerintah mulai 1742 sehingga 1750 telah dimakamkan di Pulau Tiga.

Raja Ahmad ataupun Sultan Ahmaddin Shah ibni Sultan Muhamad Shah, Sultan Perak ke-18 yang memerintah dari tahun 1786 sehingga tahun 1806 telah dimakamkan di Bota.

Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja adalah merupakan Sultan Perak yang ke-28 dan adalah merupakan Sultan yang pertama dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Seterusnya yang Kedua dimakamkan di Bukit Chandan adalah Raja Abdul Jalil Nasiruddin Shah, Sultan Perak yang ke-29 pada bulan pada tahun 1918 dan yang Ketiga adalah Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah pada tahun 1922.

Sultan Abdullah Muhammad Shah II adalah Sultan Perak yang Ke-26 Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876. Sultan Abdullah Muhammad telah meninggal tahun 1922 dan telah dikebumikan di Bukit Chandan.

KFAK

Ulasan