'Mohon maaf? Bermimpi sajalah - Ketua Pemuda UMNO



'Mohon maaf? Bermimpi sajalah - Ketua Pemuda UMNO
Oleh Amir Mamat - Februari 15, 2024 @ 12:15am

MELAKA: Dr Muhamad Akmal Saleh enggan melayan gesaan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mahu Ketua Pemuda UMNO itu membuat permohonan maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sebaliknya, EXCO kerajaan Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menyifatkan gesaan pemimpin DAP berkenaan tidak akan berlaku.

"Sendiri keluar kenyataan, lepas tu kena bantah, then (kemudian) kononnya menjadi mangsa keadaan.

"Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi kerana itu tidak akan terjadi!," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA









Dalam laporan media hari ini, Yu Hui menggesa Dr Muhamad Akmal membuat permohonan maaf terhadap Kor Ming.

Ia susulan isu cadangan Kor Ming yang mahu mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin, turut mengulangi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menyentuh perkara sensitif khususnya berkaitan aspek agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

"Sekali lagi saya ulang, jika sesiapa yang sentuh perkara yang sensitif terhadap orang Melayu dan Bumiputera, kami tidak akan teragak-agak untuk menentang sekeras-kerasnya tidak kira siapa anda," katanya.

Ulasan