Abdul Jabar Mohd Yusof : Mantan ADUN Bebas DUN Batu Laut



Abdul Jabar Mohd Yusof

Abdul Jabar Mohd Yusof (Jawi: ‏عبدالجبار محمد يوسف‎‎) atau dikenali dengan Cikgu Jabar ialah seorang bekas ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi DUN Batu Laut selama tiga penggal dari 1974 hingga 1986 atas tiket Bebas. Beliau merupakan ahli politik bebas pertama paling lama berkhidmat berturut-turut, dan satu-satunya yang mempunyai rekod sedemikian dalam sejarah politik Malaysia.[1]

Abdul Jabar Mohd Yusof

Dalam jawatan - 1974–1986

Lahir Abdul Jabar bin Mohamed Yusof
1937 (umur 86–87)
Selangor, Malaysia
Parti politik Bebas
Sekutu gabungan
politik lain NASMA (sejak 1986) UMNO (sehingga 1974)
Pekerjaan Ahli politik, guru

Kerjaya politik

Cikgu Jabar merupakan bekas ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebelum menjadi ahli politik Bebas. Semasa khidmat beliau sebagai ADUN Batu Laut, beliau memegang kukuh kerusi Batu Laut walaupun ketika itu UMNO dan Barisan Nasional cukup kuat di bawah kepimpinan Menteri Besar yang juga Ketua Pemuda UMNO, Harun Idris. Harun pada ketika itu ialah ADUN Morib, kawasan DUN bersebelahan dengan Batu Laut.

Cikgu Jabar ialah legenda dalam bidangnya, beliau menterjemahkan semula idea "ahli politik bebas" kepada umum. Dalam isu pemecatan Harun Idris daripada jawatan Menteri Besar, beliau yang ketika itu wakil bebas mempertahankan Harun daripada digugurkan.

Kerjaya politiknya merudum selepas menyertai Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) - yang kini telah terbubar - pada 1986. Dalam pilihan raya negeri 1986, beliau tewas kepada calon BN, Sairun Abdul Hamid.

Ulasan