Kelantan hargai kerjasama agensi Kerajaan Pusat


Kelantan hargai kerjasama agensi Kerajaan Pusat
March 17, 2024

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengharapkan hubungan baik antara agensi Pusat dan kerajaan negeri dapat diteruskan bagi membangunkan negeri ini terutama di kawasan luar bandar.

Anggota Exco kerajaan negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman peruntukan sebanyak RM153.2 juta bagi pembangunan wilayah Kelantan selatan yang disalurkan melalui Kesedar.

“Kesedar ialah agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia yang ditubuhkan sejak 1 Mei 1978 yang meliputi keseluruhan Kelantan selatan iaitu jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

“Alhamdulillah, diharapkan dengan hubungan baik agensi dan kerajaan negeri dapat sama membangunkan negeri ini dari segi ekonomi serta kawasan luar bandar,,” katanya di sini semalam.

Beliau yang juga ah.li Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Batang Merbau Tanah Merah petang semalam. – HARAKAHDAILY 17/3/2024

Ulasan