Rujuk Islam untuk bangunkan perpaduan kaum


Rujuk Islam untuk bangunkan perpaduan kaum
March 13, 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula bagaimana Islam yang memimpin kesejahteraan boleh membentuk perpaduan dan bagaimana Rasullullah mengemukakannya dalam pengurusan negara Madinah dahulu.

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, dalam 150 tahun mereka berperang, tetapi dengan Islam mereka boleh hidup secara aman dan tenteram dalam sebuah negara masyarakat majmuk.

“Jadi saya mencadangkan modul (yang dikemukakan oleh Menteri Perpaduan) tadi dibentuk berteraskan kepada Islam,” ujar beliau menyatakan perkara itu ketika mencelah Menteri Perpaduan semasa sesi Jawapan oleh YB Menteri-menteri ke atas Perbahasan Titah Diraja, di sini sebentar tadi.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Anak Dagang berkata, bahawa beliau telah menyebut dari awal apabila menggubal dasar perpaduan negara maka ia mesti berteraskan kepada Perlembagaan Malaysia.

“Kita yang makmur kini dan juga apabila kita mewujudkan Rukun Negara juga menyentuh kepada yang dapat dilaksanakan disebabkan sejarah kita. Kita memang daripada dulu dari tahun-tahun 17 century yang telah berada di Malaysia ini.

“Dan semua keputusan pada tokoh-tokoh dulu adalah menjurus kepada kepelbagaian dan perpaduan dari dulu sampai ke sekarang.

“Dan sebab itu apabila Perlembagaan Malaysia itu diadakan dan Rukun Negara diadakan ianya menyentuh kepada perpaduan untuk keseluruhan masyarakat kita yang majmuk kini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 13/3/2024

Ulasan