6,034 guru baharu lantikan kontrak ditempatkan di sekolah mulai Isnin lalu



6,034 guru baharu lantikan kontrak ditempatkan di sekolah mulai Isnin lalu
Oleh Fahmy A Rosli - April 17, 2024 @ 10:20am
KUALA LUMPUR: Seramai 6,034 guru baharu lantikan secara kontrak telah ditempatkan di sekolah bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara, bermula Isnin lalu.

KPM dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

Menurutnya, penempatan baharu lantikan secara kontrak terbabit dibuat berdasarkan tiga prinsip asas, iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

"KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu lantikan secara kontrak bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah seluruh negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA










"KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

"Pelantikan guru baharu secara kontrak adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya.

Ulasan