Beberapa kawasan di Seremban berlaku banjir, Stesen KTM Seremban dinaiki air





Beberapa kawasan di Seremban berlaku banjir, Stesen KTM Seremban dinaiki air
KAWASAN Rahang yang dinaiki air ekoran hujan lebat di Seremban petang tadi-GAMBAR/MEDIA SOSIAL

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
16 April 2024, 8:43 pm

SEREMBAN: Beberapa kawasan di sekitar daerah ini dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan petang tadi.

Antara kawasan terlibat adalah Rahang; Kampung Batu 3, Mambau; Kampung Sentosa, Paroi; Kampung Dato Mansor, Rasah; Taman Dusun Nyior, Kawasan Industri TTJ dan Stesen KTM Seremban.

Sementara itu, KTM Berhad menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, berikutan kejadian banjir di Stesen Seremban, beberapa perkhidmatan KTM Komuter akan mengalami kelewatan daripada jadual asal disebabkan air telah melepasi paras rel.

STESEN KTM Seremban turut dilaporkan dinaiki air ekoran hujan lebat di Seremban petang tadi-GAMBAR/MEDIA SOSIA

Ia termasuklah bagi tren laluan Batu Caves-Pulau Sebang dan Sentul-Pulang Sebang yang akan mengalami kelewatan di antara 12 hingga 51 minit.

Dalam pada itu, menurut Laman Web Rasmi Public Info Banjir setakat pukul 8 malam tadi, aras air Sungai Linggi di Dusun Nyior telah mencapai tahap bahaya.-UTUSAN.

Ulasan