Gunung Ruang meletus: MAS, AirAsia batalkan semua penerbangan KLIA ke Sabah, Sarawak


Gunung Ruang meletus: MAS, AirAsia batalkan semua penerbangan KLIA ke Sabah, Sarawak

MAS, AirAsia batalkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak ekoran letusan Gunung Ruang di Utara Sulawesi. - GAMBAR HIASAN
Oleh NURFARAHIN HUSSIN
18 April 2024, 11:23 am

PETALING JAYA: Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan ke/dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Sabah dan Sarawak hari ini berikutan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Utara Sulawesi.

Penerbangan Malaysia Airlines yang terjejas adalah MH7420 (Kuala Lumpur-Tawau), MH7421 (Tawau-Kuala Lumpur), MH2612 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2621 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2710 (Kuala Lumpur-Sandakan), MH2711 (Sandakan-Kuala Lumpur).

MH2610 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH2611 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH7404 (Kuala Lumpur-Kota Kinabalu), MH7405 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur), MH2613 (Kota Kinabalu-Kuala Lumpur).

Selain itu, penerbangan ke/dari Sarawak yang terjejas ialah MH2520 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2513 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2542 (Kuala Lumpur-Kuching), MH2543 (Kuching-Kuala Lumpur), MH2574 (Kuala Lumpur-Miri), MH2575 (Miri-Kuala Lumpur), MH2742 (Kuala Lumpur-Bintulu) dan MH2473 (Bintulu-Kuala Lumpur).

Syarikat penerbangan itu, memandangkan pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa yang sedang berlaku dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini.

“Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dibuat di sini (aplikasi X) dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” syarikat penerbangan itu menerusi aplikasi X, hari ini.


Pada masa yang sama, syarikat penerbangan itu sedang berusaha untuk menampung penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan dengan penerbangan alternatif sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

“Penumpang digesa untuk mengemas kini butiran hubungan mereka melalui Tempahan Saya di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal penting kepada Malaysia Airlines,” ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia turut mengambil langkah sama dengan membatalkan berapa penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sabah.

Penerbangan yang terkesan ialah AK5746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK9746 (Kuala Lumpur-Tawau), AK9747 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5748 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5749 (Tawau-Kuala Lumpur), AK5744 (Kuala Lumpur-Tawau), AK5745 (Tawau-Kuala Lumpur).

AK6260 (Kota-Kinabalu-Tawau), AK6261(Tawau-Kota Kinabalu), AK6266 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6267 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6268 (Kota Kinabalu-Tawau), AK6269 (Tawau-Kota Kinabalu), AK6264 (Kota Kinabalu-Tawau) dan AK6265 (Tawau-Kota Kinabalu).

AirAsia berkata, pihaknya menyediakan beberapa pilihan untuk tetamu yang penerbangannya telah dibatalkan.

“Pilihan pertama adalah pindah penerbangan di mana pelanggan boleh menukar satu kali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

“Pilihan kedua pula dengan mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun ahli airasia Rewards untuk perjalanan masa hadapan dengan AirAsia untuk ditebus dalam tempoh dua tahun dari tarikh pengeluaran,” ujarnya. – UTUSAN

Ulasan