PANTUN HARI RAYA KEEMPAT
Sahabat baharu sahabat lama,
Bertemu semua di Hari Raya;
Peluang menyapa bertanya berita,
Mungkin ada yang terlepas bicara.
Saudara jauh saudara dekat,
Ambil peluang walaupun singkat;
Masa yang ada tentulah padat,
Mudah-mudahan tetamu membawa berkat.
Ada saudara jauh di perantauan,
Namun mereka jangan dilupakan;
Mungkin jarak telah memisahkan,
Gunakan medsos untuk mendekatkan.
Jalanraya sesak di sana sini,
Bersesak hingga ke dini hari;
Banyakkan bersabar dan berhemah diri,
Agar selamat tiba ke destinasi.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
4 Syawal 1445
Kluang, Johor
Ulasan
Catat Ulasan