Paras air Sungai Binjai di Pekan Meru melepasi tahap bahaya pagi ini



Paras air Sungai Binjai di Pekan Meru melepasi tahap bahaya pagi ini
Oleh Ercy Gracella Ajos - April 17, 2024 @ 9:22am
KUALA LUMPUR: Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang mencatatkan paras air 4.66 meter (m) melebihi tahap bahaya 4.2m setakat jam 7.15 pagi ini, seterusnya dikhuatiri menyebabkan limpahan air yang berisiko mengakibatkan banjir.

Berdasarkan laman Public Infobanjir, paras air sungai berkenaan terus menunjukkan trend menaik, disebabkan oleh hujan lebat yang berlaku di sekitar ibu kota dan Selangor sejak pagi tadi.

Selain itu, menurut laman itu juga, paras air di Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan paras air 3.84m melebihi paras bahaya 3.3m.

Menurut laman web sama, Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang dan Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang, Petaling mencatatkan paras air melebihi tahap amaran dengan masing-masing merekodkan bacaan 3.9m melebihi paras amaran 3.6m (Sungai Rasau) dan 16.99m melebihi tahap amaran 16.9m (Sungai Damansara).
DISYORKAN UNTUK ANDA










Beberapa sungai lain di sekitar Selangor merekodkan bacaan pada paras normal, bagaimanapun berdasarkan laman Public Infobanjir, ia menunjukkan trend menaik termasuk Sungai Rawang di Rawang Tin, Gombak dan Sungai Klang di Bandar Klang.

Ulasan