Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah


Puluhan kampit beras, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah
Oleh RoselanAb Malek - April 19, 2024 @ 7:56am
Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca

TEMERLOH: Sejak lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum dekat sini.

Difahamkan, gambar itu mula menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Suasana itu menyebabkan ramai memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi termasuk antara punca kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran sekarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA








Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca



Menyedari kejadian itu menjadi tular, lebih buruk lagi ada pihak mengambil tindakan membakar barangan tersebut.


Puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum, Temerloh. - Foto Pembaca



Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan membazir itu.

Namun, berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, beras dan berapa makanan lain itu dibuang kerana sudah luput tarikh dan rosak setelah disimpan terlalu lama.

Ahli politik didakwa buang stok makanan

Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dakwanya, semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.

Namun, sehingga kini belum ada pihak tampil mengaku dan menafikan dakwaan berkenaan.

Seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan itu dilakukan seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Foto Pembaca

Ulasan