Tragedi 2 helikopter terhempas: Inilah wajah mereka yang terkorban
Oleh Wartawan BH - April 23, 2024 @ 8:01pm
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter TLDM dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu hari ini.
TLDM mengesahkan 10 orang itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.
Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:
Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:
DISYORKAN UNTUK ANDA
TERKINI: TLDM tubuh Lembaga Siasatan tragedi dua helikopter bertembung
Rakan setugas menangis mendengar berita nahas helikopter
PM akan umum bantuan khas kepada waris 10 anggota TLDM terkorban
'Lambaian terakhir buat pesawat HOM-AW139'
1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503.
2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.
5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:
1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502.
2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
TLDM berkata, pengurusan jenazah semua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya memberitahu semua mangsa yang terbabit dalam nahas itu berusia 40 tahun ke bawah.
10 kru TLDM terkorban dalam nahas ketika raptai hari ulang tahun.
10 korban dua helikopter bertembung di Lumut.
INFO:
Spesifikasi Helikopter Fennec (AS 555 SN)
Helikopter Fennec
Nama pasukan: Skuadron 502
Negara Pengeluar: Perancis
Syarikat pengeluar: Eurocopter
Panjang: 10.93 meter
Lebar: 2.28 meter
Kelajuan: 150 knots
Sesaran: 5.3 meter
Jumlah kru: 3 orang
Spesifikasi Helikopter AW139 (HOM)
503-HOM
Nama pasukan: Skuadron 503
Jenis: AW139
Negara pengeluar: Itali
Syarikat pengeluar: Leonardo Helicopter
Jumlah kru: Empat orang
Kelajuan maksimum: 167 knots
Kelajuan standard: 130 knots
Durasi penerbangan: Empat jam
Jarak: 550 batu nautika
Ulasan
Catat Ulasan