Isu prebet sapu: GAMIS konsisten bela kebajikan mahasiswa
May 16, 2024
KUALA LUMPUR: Kecoh baru-baru ini apabila sebilangan mahasiswa telah disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan menjalankan kegiatan prebet sapu.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Imran Sulaiman berkata, seramai lima pemandu prebet sapu telah ditahan dengan tiga
“Umum mengetahui bahawa perkhidmatan prebet sapu sangat popular dalam kalangan mahasiswa kerana dapat menjana pendapatan sampingan dan menjimatkan kewangan bagi para penggunanya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Imran, GAMIS berpendapat bahawa isu tersebut merupakan konflik kepentingan di mana mahasiswa mahukan kebajikan mereka terbela dan dalam masa yang sama, pihak penguatkuasa menjalankan amanah untuk menegakkan undang-undang.
Dalam merungkai isu ini, penegaxan GAMIS adalah bahawa isu ini merupakan konflik kepentingan di mana mahasiswa mahukan kebajikan mereka terbela dan dalam masa yang sama, pihak penguatkuasa menjalankan amanah untuk menegakkan undang-undang.
“Lantaran itu, GAMIS mengesyorkan beberapa solusi terhadap permasalahan tersebut antaranya ialah, pihak berkuasa dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memberikan lesen e-hailing secara percuma dengan kuota yang lebih besar.
“Seterusnya, pihak kerajaan dengan kolaborasi syarikat e-hailing memberikan potongan harga kepada mahasiswa yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Selain itu, IPT dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa menyediakan lebih banyak bas, meningkatkan kekerapan bas terutamanya pada waktu puncak dan menambahkan laluan mengikut keperluan dan permintaan mahasiswa di sesebuah kampus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Oleh demikian, ujar Imran, GAMIS menggesa pihak berkepentingan seperti pihak kerajaan, IPT, syarikat e-hailing untuk berbincang demi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan isu tersebut di mana semua pihak mendapat manfaat bersama.
“Akhir sekali, GAMIS secara konsisten memberikan komitmen yang tinggi dalam mengangkat suara dan kebajikan mahasiswa mengikut lunas undang-undang agar nasib mahasiswa terbela,” katanya.
Terdahulu, kegiatan prebet sapu dikesan berleluasa di sebuah IPT di Nilai, Negeri Sembilan dengan penglibatan pelajar sendiri selain mudah diakses melalui aplikasi Telegram yang hanya boleh diakses secara tertutup.
Seramai lima pemandu prebet sapu telah ditahan dengan tiga daripadanya merupakan pelajar dalam operasi yang dijalankan oleh JPJ Negeri Sembilan bermula sekitar 11 pagi di sekitar Nilai pada Isnin lalu. – HARAKAHDAILY 16/5/2024
Ulasan
Catat Ulasan