Pilihan Raya Presiden Iran pada 28 Jun ini



Imej daripada rakaman video dikeluarkan media di Teheran menunjukkan perarakan keranda milik Presiden Iran, Ebrahim Raisi bersama tujuh pengiring beliau yang terkorban nahas helikopter pada akhir minggu lalu. Foto AFP

Pilihan Raya Presiden Iran pada 28 Jun ini

21 Mei 2024 06:58pm
Masa membaca: 4 minit

TEHERAN - Ketua tiga cabang kerajaan Iran bersetuju dengan tarikh untuk mengadakan Pilihan Raya Presiden awal di negara itu, sehari selepas Presiden Ebrahim Raisi disahkan terkorban dalam nahas helikopter bersama lapan pegawai kanan yang lain.

Agensi berita IRNA pada lewat Isnin melaporkan tarikh 28 Jun ini telah dipilih untuk proses tersebut ketika mesyuarat di pejabat presiden di Teheran yang disertai Ketua Cawangan Eksekutif, Mohammad Mokhber; Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Ghalibaf dan Ketua Kehakiman, Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i.

Jadual waktu turut diumumkan yang menetapkan tarikh pendaftaran calon pada 30 Mei hingga 3 Jun, manakala tempoh berkempen adalah selama 15 hari bermula 12 Jun.

Perkara 131 Perlembagaan Iran menghendaki ketiga-tiga pemimpin tersebut untuk mengatur pemilihan presiden baharu dalam tempoh 50 hari bermula daripada tarikh kematian pendahulunya atau apabila disahkan hilang upaya untuk berkhidmat. - Agensi

Ulasan