Rafah diserang tentera Israel dari udara selepas penduduk diarah kosongkan kawasan





Rafah diserang tentera Israel dari udara selepas penduduk diarah kosongkan kawasan

PENDUDUK Palestin mencari mangsa di bawah runtuhan rumah yang musnah dalam serangan Israel, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di Rafah, di selataN Gaza, semalam. -REUTERS

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 Mei 2024, 12:01 am

RAFAH: Tentera Israel melakukan serangan udara di Rafah, beberapa jam selepas Israel memberitahu penduduk Palestin supaya mengosongkan bahagian selatan Gaza di mana lebih sejuta orang berlindung.

Malah, kebimbangan semakin meningkat mengenai serangan besar-besaran di Rafah yang sudah lama diancam oleh Israel terhadap penahanan kumpulan Hamas ketika rundingan gencatan senjata diadakan di Kaherah, Mesir.

Pegawai Hamas, Izzat al-Rashiq dalam satu kenyataan berkata, sebarang operasi Israel di Rafah akan membahayakan rundingan gencatan senjata.

Tiada komen segera daripada Israel dan TV Al-Aqsa yang bersekutu Hamas berkata, Israel menyasarkan kawasan di timur Rafah berhampiran kawasan kejiranan seperti yang diarahkan oleh Israel untuk pemindahan.

Diarahkan melalui mesej teks Arab, panggilan telefon dan risalah untuk berpindah ke apa yang dipanggil tentera Israel sebagai zon kemanusiaan yang diperluaskan sekitar 20 kilometer jauhnya.

“Hujan turun dengan lebat dan kami tidak tahu ke mana hendak pergi. Saya bimbang hari ini mungkin tiba (serangan), saya kini perlu melihat ke mana saya boleh membawa keluarga saya,” kata seorang pelarian, Abu Raed kepada Reuters melalui aplikasi sembang.


Seorang pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, arahan pemindahan itu adalah peningkatan berbahaya yang akan membawa akibat buruk.

“Pentadbiran Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas keganasan ini,” kata pegawai itu kepada Reuters, merujuk kepada pakatan Israel dengan AS. -REUTERS

Ulasan