HUSSEIN (gambar kanan) mengesahkan rakaman CCTV didakwa memaparkan kejadian serangan asid ke atas Faisal tulen. FOTO NSTP & tular
Rakaman CCTV serangan asid ke atas Faisal tulen, polis akan keluar kenyataan
Petaling Jaya: Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didakwa memaparkan kejadian serangan asid ke atas bintang Selangor FC, Faisal Halim yang tular hari ini disahkan tulen.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.
"Memang benar, kita akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan klip rekaman CCTV dipercayai kejadian serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara 5 Mei lalu, tular di media sosial.
Lagi Berita
Klip berdurasi 56 saat itu dikongsikan pemilik akaun di laman X memaparkan penyerang berselindung di belakang kereta sebelum mengekori dan menyerang Faisal dari arah belakang.
Ulasan
Catat Ulasan