UiTM untuk bukan Bumiputera, tidak pernah ada perbincangan KPT, Kabinet - Zambry




UiTM untuk bukan Bumiputera, tidak pernah ada perbincangan KPT, Kabinet - Zambry
Oleh Fahmy A Rosli - Mei 15, 2024 @ 7:30pm
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera. - Foto hiasan NSTP




KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera.

Penafian itu ditegaskan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berkata isu berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu.

"Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba

menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan
DISYORKAN UNTUK ANDA










kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 (Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ulasan