MB, Exco Kedah lawat Parlimen
July 16, 2024
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor
kelolaan Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) itu turut melibatkan semua Exco, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai-pegawai.
Pegawai Khas Media Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, lawatan tersebut adalah antara rangka jadual rombongan tersebut ke Kuala Lumpur selama seminggu.
Menurut beliau, tujuan utama rombongan tersebut berada di ibu negara adalah bagi menghadiri Majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sabtu ini.
“Lawatan kita ke Bangunan Parlimen ini sekadar lawatan untuk hubungan dua hala antara negeri dan Persekutuan.
“Kami dijadualkan akan dibawa melawat sekitar bangunan ini untuk melihat sistem pentadbiran Parlimen Malaysia,” ujarnya.
Tambah beliau, tiada sebarang pertemuan melibatkan MB Kedah dengan mana-mana menteri akan dilakukan sepanjang lawatan itu.
Menurutnya, mesyuarat MMKN turut akan berlangsung di ibu negara semasa semua Exco berada di sini.
Sanusi bersama rombongannya turut dibawa masuk ke Dewan Rakyat sewaktu persidangan sedang berlangsung sekitar jam 10.30 pagi tadi.
Ahli-ahli Parlimen dan para pegawai turut menggunakan kesempatan itu untuk bergambar dengan Sanusi di lobi Parlimen.
Kehadiran rombongan itu telah dialu-alukan oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden sewaktu persidangan sedang berlangsung. – HARAKAHDAILY 16/7/2024
Ulasan
Catat Ulasan