Parlimen: Wan Fayhsal digantung 6 bulan


Parlimen: Wan Fayhsal digantung 6 bulan
July 18, 2024


Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menhadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Usul diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 110 menyokong, 63 menentang, tiga berkecuali dan 46 tidak mengundi seperti diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Usul dibawa oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Datuk Seri Azalina Othman Said sebaik selesai pembentangan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkaitan HRD Corp.

Dalam usul tersebut Azalina berkata, Wan Ahmad Fayshal telah membawa perhatian suatu surat layang yang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya. – HARAKAHDAILY 18/7/2024

Ulasan