Gempa bumi dikesan di perairan Tawau


Gempa bumi dikesan di perairan Tawau
August 16, 2024

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 3.9 pada skala Richter telah berlaku di perairan Tawau, Sabah pada jam 10.19 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 4.4° Utara dan 118.8° Timur dengan kedalaman 19 kilometer (km).

“Ia membabitkan jarak 36km timur dari Semporna, Sabah. Gegaran mungkin dirasai di Malaysia. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Dalam kenyataan yang berasingan di laman sesawang berikut, MetMalaysia berkata, bagi Seksyen A iaitu perairan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak sehingga 3 petang.

Sementara, bagi Seksyen B iaitu perkapalan, amaran yang sama seperti di Seksyen A di kawasan perairan tenggara Condore, Bunguran, selatan Reef North, Reef South, Labuan dan Sulu sehingga 3 petang ini juga.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/8/2024

Ulasan