Rakyat perlu pertahan PN di DUN Nenggiri





Rakyat perlu pertahan PN di DUN Nenggiri
August 3, 2024

Share

GUA MUSANG: Rakyat di DUN Nenggiri wajar mengekalkan kemenangan PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini bagi memudahkan bantuan kerajaan negeri disalur kepada rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat.

“Pelbagai bantuan, pembangunan setempat dan sebagainya boleh diangkat wakil rakyat kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan,” katanya pada sidang media selepas penamaan calon di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Gerakan Dato’ Dr Dominic Lau, Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, Naib Presiden Bersatu, Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

Antara program berkebajikan dilaksanakan kerajaan negeri termasuk Skim Beras Al-It’am 10 kg setiap bulan diagih mulai 2011, Gerbang Az Ziwaaj (RM1,000) bagi pasangan pengantin keluarga miskin.

Selain itu Skim Khairat Kematian dilaksanakan sejak 2007 memberi pampasan sebanyak RM1,000 kepada wasi keluarga emas yang meninggal dunia.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, amat wajar penduduk di DUN Nenggiri mengekalkan kemenangan PN pada PRK tidak lama lagi.

Sementara itu, Mohd Rizwadi berkata, beliau untuk menumpukan program kebajikan kepada rakyat di DUN Nenggiri sekiranya dimandat rakyat pada 17 Ogos ini.

“Insya-Allah saya akan menumpukan program kebajikan serta apa sahaja yang berkaitan kebajikan rakyat di DUN Nenggiri sekiranya dipilih pada PRK nanti,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

Ulasan