Sheikh Hasina melarikan diri selepas letak jawatan





Sheikh Hasina melarikan diri selepas letak jawatan
SHEIKH HASINA
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
5 Ogos 2024, 5:58 pm



DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan dan dilapor meninggalkan negara itu semalam, di tengah protes antikerajaan yang semakin meningkat.

South China Morning Post melaporkan, orang ramai mengibarkan bendera dan meraikan berita yang dianggap gembira itu secara aman.

Sementara itu, sumber rapat dengan pemimpin tersebut mendakwa, Hasina sudah meninggalkan istananya di ibu negara untuk ke tempat yang lebih selamat.

Anak lelaki Hasina mendesak pasukan keselamatan negara untuk menghalang sebarang rampasan kuasa daripada pemerintahannya.

Manakala, seorang penasihat kanan mendakwa peletakan jawatannya adalah ‘kemungkinan’ selepas disoal sama ada beliau akan berhenti, lapor agensi berita itu.

“Beliau mahu merakam ucapan, tetapi tidak mendapat peluang untuk berbuat demikian,” kata sumber rapat dengan Hasina.


Demonstrasi terbaharu menyaksikan penunjuk perasaan kembali ke jalanan bagi mendesak Hasina meletak jawatan.-AGENSI

Ulasan