Siapa cuba jayakan pelan normalisasi ideologi komunis?



Siapa cuba jayakan pelan normalisasi ideologi komunis?
August 21, 2024

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Hafez Sabri menyifatkan wujud usaha pihak tertentu yang dilihat sedang menormalisasikan ideologi kumpulan pengganas komunis dalam negara ini.

Menurut beliau, terkini apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula larangan atau pengharaman ke atas sebuah komik yang kandungannya jelas terdapat promosikan ideologi komunis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Perak yang menegaskan demikian dalam media sosial miliknya dalam pada itu, mengimbas mengenai tindakan pihak tertentu sebelum ini membawa abu mayat Chin Peng iaitu ‘kepala komunis’ ke Tanah Melayu kononnya mahu diabadikan sebagai pejuang.

Tambah beliau, tindakan pihak yang menganjurkan perhimpunan memperingati perjuangan komunis sebelum ini di mana dihadiri ramai juga oleh ahli-ahli politik di Malaysia yang berideologi komunis.

“Agenda untuk normalisasi pemikiran rakyat bahawa ideologi komunis tidak lagi bahaya pada negara kita, bahkan perlu diusung dan dijulang abunya. Di mana suara pemimpin Melayu dalam kerajaan ketika ini?

“Kita bukan mahukan pemimpin Melayu dalam kerajaan yang hanya boleh retorik bercakap, tetapi perlu lebih agresif mengambil tindakan terhadap pelan ‘normalisasi ideologi komunis’ di Tanah Melayu ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/8/2024

Ulasan