LAWATAN KE BILIK GERAKAN NEGERI KHIDMAT MALAYSIA KEDAH






























LAWATAN KE BILIK GERAKAN NEGERI KHIDMAT MALAYSIA KEDAH

Malam ini di BGN Khidmat Malaysia (KM) Kedah yang beroperasi di Markaz PAS kawasan Pokok Sena. Taklimat disampaikan oleh sdr Mohd Nakhaie Naka Setiausaha KM negeri Kedah.

Walaupun BGN telah ditutup kelmarin tetapi dibuka semula selepas banjir berulang kembali. Kebetulan KM Johor tiba di Pokok Sena untuk membantu proses mencuci rumah yang dilanda banjir.

Terima kasih PJ PAS Kedah YB Dato' Ustaz Ahmad Yahya, YB Ustaz Nurul Amin, Pengarah KM Kedah, Ab Aziz Abdullah II, Pengarah KM Johor bersama team petugas dari Johor, KM Kedah & KM Pokok Sena yang turut bersama malam ini.

Juga kepada SU KM Pusat Ashraul Fauzan dan Muizzuddin Hamid Pegawai KM Pusat yang hadir bersama saya dari KL.

Keadaan banjir semakin meningkat, 3 PPS baru dibuka di kawasan Baling menjadikan semuanya 13 PPS beroperasi di Kedah ketika ini.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
30 September 2024, 11.19 malam

Ulasan