Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa 12 Oktober ini

Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa 12 Oktober ini
October 7, 2024

Nadzir Helmi ketika menyertai Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada 4 Mei 2024. (FOTO FAIL: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)

KUALA LUMPUR: Orang ramai khususnya kepada pencinta Palestin dan Masjid Al Aqsa diseru untuk hadir program Himpunan Satu Tahun Taufan Aqsa’ yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Oktober, jam 2 petang di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Operasi Sekretariat Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa, Nadzir Helmi berkata, himpunan berkenaan akan bermula di Masjid KLCC dan akan bergerak ke kedutaan AS dengan jiwa yang membara.


“Rakyat United Kingdom (UK) baru-baru ini berjaya menghimpunkan 300,000 rakyat yang cintakan Palestin, di mana mereka turun di jalanan dan mencantumkan jiwa solidariti sempena satu tahun pembantaian genosid dan pembunuhan kejam oleh negara haram Israel.

“Sehingga hari ini, hampir 50,000 nyawa anak kecil, ibu yang tidak berdaya dan orang tua yang tidak bersalah telah mati hasil pembantaian rejim ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nadzir yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, orang ramai diseru untuk menutup sebentar warna politik, bangsa dan agama untuk turun bersolidariti dan menghimpunkan 100,000 rakyat Malaysia ke Himpunan Satu Tahun Taufan Al-Aqsa berkenaan.

“Sebar! Sebar! Sebar! Pastikan tiada siapa berkecuali dalam himpunan ini,” katanya.

Sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober tahun lalu, Zionis Israel telah mengebom setiap sudut di Semenanjung Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 41,870 rakyat Palestin setakat Ahad (6 Oktober) dalam salah satu konflik paling maut abad ke-21. – HARAKAHDAILY 7/10/2024

Ulasan