‘Suara anda keutamaan kami perkukuh kesejahteraan rakyat’
October 3, 2024
Hishamuddin Abdul Karim
KUALA TERENGGANU: “Suara anda adalah keutamaan kami dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat Terengganu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim.
Katanya, pihak kerajaan negeri komited untuk mendengar serta bertindak atas setiap cadangan dan aduan yang diterima demi memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.
Beliau menyatakan demikian susulan menjadi panel pada majlis Dialog Exco Kerajaan Negeri Bersama Rakyat di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, malam tadi.
Turut serta sebagai panel ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Mohd Khuzaini Ab Rahman.
Tambahnya, sesi itu memberi peluang kepada warga Kuala Nerus untuk berkongsi pandangan, meluahkan isu-isu setempat serta mendapatkan penjelasan terus daripada kepimpinan Kerajaan Negeri.
Menurutnya lagi, majlis turut dihadiri wakil rakyat dalam kawasan Daerah Kuala Nerus, Datuk Bandar MBKT, Pegawai Daerah Kuala Nerus dan ketua-ketua jabatan dan agensi dalam daerah Kuala Nerus.
Menerusi catatan di laman sosialnya hari ini, beliau yang juga ADUN Tepuh turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. – HARAKAHDAILY 3/10/2024
Ulasan
Catat Ulasan