Turun naik tangga bakar kalori tanpa kos



Turun naik tangga bakar kalori tanpa kos
Oktober 6, 2024 @ 11:51am
Menaiki tangga dapat membakar kalori tanpa kos. - Foto hiasan


JIKA anda sedang berusaha mengurangi berat badan, cara paling mudah dan efektif boleh dilakukan adalah membiasakan diri, naik turun tangga.

Kaedah ini bukan sahaja boleh memenuhi impian anda untuk menurunkan berat badan tetapi juga memberi banyak manfaat kesihatan.

Malah aktiviti ini boleh menggantikan waktu untuk keluar beriadah atau berjoging di taman kerana kesuntukan masa. Selain itu, naik tangga juga dikatakan berkesan dibandingkan dengan berjalan cepat atau joging.

Paling penting, dengan menaiki tangga kita dapat membakar kalori tanpa kos.

Disyorkan




Wakil Presiden International Skyrunning Federation, Lauri Van Houten, yang terbabit pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan olahraga panjat vertikal, berkata antara fakta naik turun tangga, ia boleh membuat tubuh kita lebih cepat segar dan membakar banyak kalori.

"Khabar baiknya, pengeluaran tenaga secara keseluruhan dari latihan naik turun tangga bergantung pada berat badan anda. Semakin berat badan anda, semakin banyak lemak yang dibakar," katanya yang turut menyarankan agar individu menambahkan beberapa minit menaiki tangga sebagai kegiatan rutin.


Sementara itu, menurut sebuah penelitian yang diterbitkan di BMC Public Health pada Mei 2021 menyatakan,

bahawa naik turun tangga boleh dijadikan aktiviti fizikal berat dan dikaitkan dengan lipoprotein yang lebih sihat serta berat badan dan tekanan darah yang lebih rendah.

Katanya lagi, naik turun tangga setiap hari juga diyakini mampu melindungi individu dari sindrom metabolik. Ini kerana kaedah itu boleh dilakukan di mana saja dan boleh dipertimbangkan untuk dijadikan aktiviti rutin.

Penelitian lain pun menunjukkan, tubuh kita membakar 20 kalori lebih banyak ketika naik tangga berbanding berjalan di permukaan yang datar. Bahkan, turun tangga boleh membakar kalori lima kali lebih banyak, disebabkan otot-otot yang bekerja untuk memperlambatkan tubuh di permukaan menurun.

Ahli biomekanik dari University Milan, Dr Alberto Minetti, telah melakukan beberapa penyelidikan luas mengenai daya penggerak manusia, termasuk naik tangga.

"Ini adalah senaman yang boleh dilakukan semua orang. Tangga boleh ditemui di sekitar kita dan sehingga ini ia adalah senaman murah dibandingkan ke gim," kata Minetti.

Minetti turut melakukan pengiraan untuk menjelaskan mengapa naik tangga sangat efektif untuk membakar kalori dalam waktu singkat.

"Untuk memindahkan 1 kilogram massa tubuh sejauh 1 meter mendatar, tubuh membakar 0.5 kalori. Jika kita memindahkan 1 kilogram massa tubuh secara menegak di tangga, kalori yang terbakar adalah 10 kalori.

"Jadi, kalori yang terbakar adalah 20 kali ganda jika bergerak secara menegak daripada mendatar," jelasnya.

Bagi pemula atau orang yang mulai berumur, Minetti menyarankan untuk memperhatikan kecepatan ketika naik tangga. - AGENSI

INFO:

Kebaikan 'panjat tangga' setiap hari:

• Otot mantap

• Stamina meningkat

• Badan cergas

• Kurang berat badan

Ulasan