Nilai Arif Aiman RM2.8 juta
ARIF AIMAN HANAPI
Oleh HAKIMI ISMAIL
21 November 2024, 7:39 am
PETALING JAYA: Nilai pasaran bintang Johor Darul Tak’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melonjak sehingga 600,000 euro (RM2.8 juta) selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
Nilai berkenaan dipamerkan di laman Transfermarkt dengan dengan kemaskini pada 15 November lalu dengan nilai terakhir pemain Harimau Malaya itu pada Januari lalu ialah sekitar 550,000 euro (RM2.6 juta).
Arif Aiman mempamerkan porestasi membanggakan dalam sainga ACLE apabila membantu Harimau Selatan meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri selepas empat perlawanan dalam kempen berkenaan.
Lebih membanggakan, pemain berusia 22 tahun itu turut berkongsi kedudukan kedua untuk kedudukan penjaring terbanyak ACLE musim 2024/2025 dengan meledak empat gol.
Arif Aiman berkongsi kedudukan berkenaan dengan beberapa pemain terkemuka seperti Aleksandar Mitrovic (Al-Hilal), Anderson Lopes dan bekas pemenang Kasut Emas ACL, Soufiane Rahimi (Al-Ain) dan Taisei Miyashiro (Vissel Kobe).
Penyerang Gwangju FC, Jasir Asani pula mendahului carta penjaring terbanyak dengan enam gol.
Peningkatan nilai Arif Aiman turut menyaksikan beliau kini pemain kedua termahal dalam skuad Harimau Malaya dengan gelaran pemain termahal skuad kebangsaan dipegang Dion Cools dengan nilai 800,000 euro (RM3.8 juta).
Sebelum ini laman sesawang penyokong Glasgow Rangers, The Rangers Journal melihat Arif Aiman bersama Shin Yamada, Kota Takai, Satoshi Tanaka dan Hwang Jae-won sebagai pilihan perpindahan Asia yang patut diteroka The Light Blues.
Kelab penyokong itu juga, telah meminta Ahli Lembaga Pengarah kelab itu, Nils Koppen untuk membawa masuk Pemain Paling Bernilai di Liga Malaysia (MVP) itu menyertai Rangers FC pada masa akan datang. – UTUSAN
Ulasan
Catat Ulasan