Rungkai masalah beban tugas penjawat awam



Rungkai masalah beban tugas penjawat awam
November 19, 2024

Afnan Hamimi Taib Azamudden

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia diminta merungkai masalah termasuk beban tugas yang dihadapi oleh penjawat awam khususnya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

Malah Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Star) berkata, secara purata setiap tahun negara negara mengeluarkan 224,000 graduan dari institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

“Kita dilaporkan tenaga sumber manusia dalam sektor kerajaan khususnya pendidikan dan kesihatan, ini beban kerja bertambah, ‘man power’ tak cukup, graduan kita ramai yang tidak dapat kerja.

“Pun saya rasa rakyat nak tahu dimana tak kena benda ini berlaku apa silapnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, Sim Chee Keong pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menteri itu menjelaskan banyak faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk kekangan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan kepada kementerian terbabit.

Bagaimanapun katanya, pengambilan penjawat awam baharu merupakan tanggungjawab penuh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bukan di bawah kementeriannya. – HARAKAHDAILY 19/11/2024

Ulasan