Banjir: Jumlah mangsa di seluruh negara turun

Pemandangan dari udara keadaan beberapa kampung berhampiran sungai di sekitar Kuala Nerus membabitkan Kampung Paya Datu, Petai Bubus, Jeram, Buluh Gading dan Tanjung Sabtu yang masih ditenggelami air ketika tinjauan semalam. - Foto NSTP/Ghazali Kori


Banjir: Jumlah mangsa di seluruh negara turun
Disember 3, 2024 @ 7:36am

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas mencatatkan penurunan.

Setakat 6 pagi ini, seramai 94,619 mangsa daripada 28,385 keluarga masih berada di 406 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara.

Menurut laman web Public Info Banjir, mangsa tertinggi dicatatkan di Kelantan dengan 58,145 orang, dari 18,340 keluarga.

Mereka berlindung di 168 PPS yang beroperasi di lapan daerah.

Ini diikuti di Terengganu dengan 25,199 mangsa, daripada 6,594 keluarga dan ditempatkan di 143 PPS di lapan daerah.

Sementara itu Kedah, merekodkan 7,501 mangsa, dari 2,309 keluarga dan ditempatkan di 40 PPS di lima daerah.

Di selatan tanah air, seramai 1,052 mangsa dicatatkan di Johor manakala di Perak, 640 mangsa, di Melaka (161) dan Perlis (69).

Ulasan