![](https://i0.wp.com/harakahdaily.net/wp-content/uploads/2024/12/IMG-20241221-WA0023.jpg?resize=696%2C391&ssl=1)
Khidmat Malaysia Johor gerak relawan ke Pantai Timur
December 21, 2024
DUNGUN: Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Negeri Johor telah menggerakkan relawan Jabatan Amal Malaysia Johor bagi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Sumbangan berbentuk 100 pek makanan serta wang tunai bernilai RM4,500 itu diagihkan ke Kampung Delong, DUN Rantau Abang di sini bagi meringankan mangsa banjir yang terjejas teruk.
Khidmat Malaysia menerusi kenyataan berkata, turut bersama dalam misi kali ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) Kasih Maharani Muar di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani yang menyumbang susu tepung.
“Bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberikan sokongan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir.
“Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir di kawasan berkenaan,” katanya pada majlis turut dihadiri Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Sauji Abdul Rashid yang turut menyampaikan bantuan secara simbolik kepada penerima.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Terengganu pulih daripada gelombang pertama banjir susulan Monsun Timur Laut, apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Setiu ditutup selepas 18 hari beroperasi. – HARAKAHDAILY 21/12/2024
![](https://i0.wp.com/harakahdaily.net/wp-content/uploads/2024/12/1000459875.jpg?resize=696%2C392&ssl=1)
share & sebarkan:
Ulasan
Catat Ulasan