
Menjawab isu kaedah kemasukan pelajar ke UA
December 27, 2024
PERTAMA sekali saya ucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Naib Canselor Rektor Universiti Awam (JKNCRUA) kerana memberi respon kepada ucapan saya berkaitan kaedah kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media mereka, saya boleh rumuskan bahawa JKNCRUA dengan jelas bersetuju bahawa memang ada laluan terbuka/komersial ini selain dari laluan perdana yang dipohon melalui UPU. JKNCRUA dalam kenyataan medianya mengakui bahawa tujuan saluran terbuka ini dibentuk untuk menjana pendapatan universiti.
Malangnya JNKCRUA ini mengambil ucapan saya di luar konteks di mana saya memperjuangkan nasib pelajar miskin yang tidak dapat mengikuti program kompetitif seperti kejuruteraan, perakaunan, perundangan dan lain-lain kerana tidak mencapai cut off CGPA yang tinggi walaupun CGPA mereka jauh lebih tinggi dari syarat minimum program tersebut.
Keadaan ini berbeza dengan pelajar yang masuk menerusi saluran terbuka/komersial di mana mereka tidak masuk mengikut merit, tetapi memadai dengan memenuhi CGPA yang ditetapkan oleh IPTA untuk program tersebut iaitu lebih rendah dari cut off CGPA yang masuk ikut merit atau saluran perdana.
Di samping itu syarat utama saluran terbuka/komersial ini mewajibkan pelajar membayar penuh yuran pengajian program berkaitan. Sebagai contoh ada program di universiti yang yuran pengajian, perkhidmatan dan asrama untuk 1 semester sekitar RM1,300 sahaja berbanding pelajar saluran terbuka/komersial iaitu sekitar RM4,200 per semester yang mana kadar ini tidak termasuk yuran perkhidmatan dan penginapan.
Dengan kata lain, pelajar untuk kedua-dua saluran kemasukan ini iaitu perdana dan terbuka/komersial belajar dalam program dan kelas yang sama serta kemudahan yang juga sama tetapi membayar kadar yuran yang amat ketara berbeza. Sekiranya tiada saluran terbuka/komersial ini, maka semua tempat pengajian di program itu pada dasarnya akan dipenuhi oleh pemohon menggunakan saluran perdana iaitu berteraskan merit.
Namun demikian, apabila adanya saluran terbuka/komersial ini, maka sebahagian tempat akan diperuntukkan untuk saluran ini. lnilah yang saya persoalkan iaitu mengapa sebahagian tempat belajar yang sepatutnya diberikan sepenuhnya berdasarkan merit, tetapi hari ini diperuntukkan untuk pelajar saluran terbuka/komersial ini.
Andaikan cut off CGPA melalui saluran perdana iaitu berasaskan merit iaitu contohnya untuk program kritikal seperti perakaunan, kejuruteraan, perubatan, undang-undang dan lain-lain adalah 3.95 daripada CGPA 4.00 (sempurna) pastinya tidak membolehkan pelajar miskin iaitu tidak kira bangsa baik Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak untuk mendapat tempat walaupun CGPA tinggi iaitu sekitar 3.90-3.94. Mereka gagal pada asasnya kerana cut off CGPA berasaskan merit adalah tinggi iaitu 3.95. Walaupun contohnya kadar minimum CGPA untuk program itu cuma 3.50 sahaja.
Pada asasnya pelajar dengan CGPA sedemikian akan gagal dalam permohonannya melalui saluran perdana kerana jumlah tempat ditawarkan sangat terhad iaitu tempat hanya cukup untuk mereka yang dapat CGPA 3.95 ke 4.00 sahaja. Dengan kata lain, pelajar saluran terbuka/komersial ini pada asasnya akan mengambil beberapa peratus tempat yang ada daripada jumlah yang diperuntukkan.
Pemberian atau pengambilan tempat inilah yang saya persoalkan kerana sistem hari ini membenarkan pelajar dengan CGPA lebih rendah boleh mengikuti program kritikal berkenaan kerana mereka tidak lagi bersaing atas faktor merit sepenuhnya tetapi memadai memenuhi syarat minimum ditetapkan oleh IPTA itu di samping mampu membayar penuh yuran pengajian.
Di sinilah kekhilafan utama IPTA di mana sanggup membiarkan anak bangsa (tanpa mengira kaum) yang miskin atau lebih layak berasaskan merit tetapi dinafikan hak mereka untuk mengikuti program-program kritikal yang mereka minati semata-mata kerana tidak memenuhi cut off yang ditetapkan walaupun CGPA mereka jauh lebih tinggi dari CGPA minimum yang diguna pakai oleh mereka yang masuk melalui saluran terbuka/komersial.
Keduanya, saluran terbuka/komersil ini bertindak sepertinya IPTA itu ‘menangguk di air keruh’. Mereka mengenakan yuran tinggi kepada pelajar dari keluarga ‘berkemampuan’ di mana pihak IPTA berkaitan mengenakan yuran yang tinggi buat mereka yang ‘berkemampuan’. Maksud ‘berkemampuan’ di sini bukan golongan maha kaya tetapi golongan M40 aras bawah ataupun B40 aras atas iaitu hampir tahap M40. Sesungguhnya ada antara mereka terpaksa membuat pinjaman bank berpuluh ribu jika tidak beratus ribu demi untuk memastikan anak-anak mereka dapat mencapai impian untuk mengikuti program yang mereka diminati.
Sewajarnya pihak Naib Canselor IPTA perlu lebih cerdas, strategik dan berwawasan dalam menangani isu menjana pendapatan. Pastinya bukan dengan cara singkat dan jalan mudah seperti di atas. Sebagai pemimpin universiti, mereka perlu ada ketinggian moral iaitu tidak sanggup menafikan tempat pelajar yang layak untuk mengikuti program kritikal berasaskan merit dengan memberikan tempat itu kepada mereka yang masuk melalui saluran terbuka/komersial iaitu tidak berasaskan merit sepenuhnya tetapi memenuhi syarat CGPA minimum di samping mampu membayar yuran pengajian secara penuh.
Memberi alasan pendapatan dari yuran penuh yang dikenakan kepada pelajar yang masuk menerusi saluran terbuka/komersial itu untuk menanggung kos operasi atau pembangunan universiti juga amat mendukacitakan apabila dinyatakan secara lerbuka kerana tindakan ini tidak lebih daripada ‘menangguk di air keruh’ iaitu mengenakan yuran tinggi (penuh) kepada mereka yang ‘mampu’ dan benar-benar mahu mengikuti program kriitkal itu.
Malahan, apakah ada manfaat yang lebih baik diperolehi oleh pelajar yang membayar yuran penuh tersebut apabila dia belajar dari pensyarah yang sama di bilik kuliah yang sama, peralatan pembelajaran yang sama dengan pelajar yang masuk melalui saluran perdana.
Tidakkah ini diskriminasi namanya? Dua bentuk diskriminasi berlaku dalam kemelut ini iaitu yang pertama, pelajar punya merit lebih baik dari syarat minimum tetapi tidak mampu membayar yuran penuh telah dinafikan haknya untuk mengikuti program kritikal yang diminatinya kerana tempat yang ada yang boleh diberikan kepadanya telah diperuntukkan untuk pelajar yang masuk melalui saluran terbuka/komersial. Kedua iaitu pelajar yang masuk melalui saluran terbuka/komersial tidak dapat apa-apa kelebihan istimewa pada dasamya walaupun membayar yuran yang jauh lebih tinggi dan mahal dari pelajar yang masuk melalui saluran perdana berasaskan merit yang dikenakan yuran sangat rendah.
Namun demikian, saya bersetuju dibentuk saluran lerbuka/komersial ini sekiranya IPTA itu membangunkan kampus khas untuk fakulti-fakulti kritikal berkaitan. Dengan kala lain, ia benar-benar menjadi wing swasta dan segalanya diurus seperti sebuah entiti swasta. Disinilah anak syarikat IPTA sepatutnya berperanan. Jika ini dapat dilakukan maka tiadalah isu saluran terbuka/komersial ambil kuota atau tempat pelajar miskin atau sesiapa sahaja yang tayak di IPTA. Wing swasta IPTA ini boleh mengambil seramai pelajar yang dimahukan bagi tujuan menjana pendapatan selagi tiada halangan dari mana-mana pihak berkaitan.
Berkaitan kefasihan pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa lnggeris (bergantung kepada bahasa pengantar yang digunakan di universiti) perlu menjadi syarat utama kepada pelajar asing yang ingin mengikuti program di IPTA. Sebagai contoh, untuk mengikuti program pengajian yang diajar dalam Bahasa lnggeris, maka perlulah mereka lulus dengan baik sebelum ditawarkan tempat untuk belajar di IPTA Malaysia. Mereka perlu lulus dengan baik untuk mana-mana peperiksaan contohnya IELTS, TOEFL, MUET atau apa-apa yang setara.
Perkara ini bukanlah baharu buat kita di Malaysia di mana ramai pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka akan mengikuti kursus-kursus bahasa berkaitan atau kursus khas berkaitan bahasa negara tersebut yang pastinya berteraskan kepada peperiksaan untuk tujuan mengetahui kebolehan bertutur, mendengar, menulis dan seumpamanya terleblh dahulu sebelum melanjutkan pelajaran. Dengan kata lain, mereka perlu kuasai bahasa yang akan digunakan dalam kuliah di negara tersebut terlebih dahulu iaitu dengan tahap kefasihan yang baik barulah mereka dihantar belajar ke luar negara.
Adalah amat perlu syarat lulus peperiksaan bahasa contohnya Bahasa Inggeris pada tahap terbaik. Perkara ini amat penting bagi membolehkan mereka yang belajar di IPTA adalah mereka yang benar-benar layak dan mampu belajar dan menyumbang secara baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan ilmu itu. Sekiranya bahasa semasa kuliah yang ditetapkan adalah Bahasa Melayu, maka perlulah diadakan ujian bersesuaian untuk menguji kefasihan Bahasa Melayu mereka. Pastinya perlu dibangunkan ujian Bahasa Melayu setara dengan ujian Bahasa lnggeris seperti IELTS, TOEFL, ataupun MUET.
lnilah yang perlu dilakukan oleh universiti jika mahu memartabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa llmu. Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi JKNCRUA yang mengatakan bahawa pihak universiti ada menawarkan kursus belajar bahasa kepada pelajar ketika telah berada di IPTA perlu diberi penekanan tinggi dan perhatian serius agar kualiti dan nama balk IPTA di Malaysia terjamin. Mana mungkin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan sempurna sekiranya medium komunikasi utama iaitu bahasa dalam keadaan terbatas.
Akhir kata, diharapkan JKNCRUA tidak miss the forest for the trees atas apa yang saya sampaikan dalam ucapan saya tersebut. Saya bersedia membantu mereka dan negara khususnya jika diperlukan dalam usaha untuk memajukan sislem pendidikan tinggi negara.
Sebagai EXCO Pengajian Tinggi Negeri Kedah, saya bertanggungjawab untuk memastikan setiap anak Kedah yang layak melanjutkan pelajaran ke universiti berasaskan merit iaitu melalui saluran perdana berjaya melakukannya tanpa ada mana-mana tempat itu diberikan kepada mereka yang masuk melalui saluran terbuka/komersial.
ltulah juga harapan saya untuk semua pelajar yang berkelayakan berasaskan merit tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Lebih penting pelajar dari keluarga miskin yang berkelayakan diberi keutamaan. Mari kita ketepikan perbezaan kita demi kelangsungan dunia pendidikan negara kita. Bersama demi agama, bangsa dan negara.
DR HAIM HILMAN ABDULLAH
EXCO lndustri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & lnovasi Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 27/12/2024
Ulasan
Catat Ulasan