Wakil tunggal PAS proaktif suarakan isu rakyatSemasa Persidangan Dewan Negeri Johor
December 10, 2024
MUAR: ADUN Maharani, Abdul Aziz Talib yang merupakan wakil tunggal PAS di telah mengemukakan pandangan dalam beberapa perkara pada Persidangan Dewan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri baru-baru ini.
Kongsi beliau, antaranya adalah meminta ditambah baik program Semarak Subuh dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta untuk dilaksanakan di semua 56 DUN dalam negeri ini.
Menurut beliau, program tersebut memberi impak sangat baik, malah menjadi kesempatan wakil rakyat dapat bertemu masyarakat mendengar segala permasalahan dan mengeratkan persaudaraan.
Bekas guru yang mesra dipanggil Cikgu Aziz ini turut mengenengahkan hal Guru al-Quran yang berdaftar dalam daerah Muar mempunyai iaitu kalangan mempunyai tauliah adalah seramai 281 orang.
“Saya mencadangkan supaya agihan daripada kutipan zakat dapat diberikan kepada tenaga pengajar pengajar al-Quran am dengan menaikkan elaun dari RM350 kepada RM500. Manakala guru al-Quran khas daripada RM550 kepada RM800.
“Mereka ini adalah termasuk antara golongan asnaf yang layak menerima zakat,” jelasnya mengulang cadangan yang dikemukakan beliau langsung ketika membahas sidang Belanjawan 2025 Johor itu.
Turut diminta perhatian olehnya adalah mengenai pusat aktiviti agama Islam bagi guru-guru al-Quran ini yang terletak di Madrasah Abasiyah, di sini yang perlu dibaik pulih kerana tidak boleh menampung kapasiti peserta dalam setiap aktiviti dijalankan.
Beliau berharap madrasah tersebut dimasukkan dalam senarai sekolah yang layak menerima peruntukan untukndibaik pulih sebagaimana inisiatif telah sedia diperuntukkan dalam Belanjawan itu.
Berdasarkan peruntukan naik taraf dua pintu air di daerah ini, beliau mohon peruntukan baik pulih pintu air satu-satunya yang terdapat di Parit Bakar Laut supaya disegerakan kerana telah mengalami kerosakan sekian lama.
“Menyebabkan kawasan sekitar sering dilanda banjir dan merosakkan kebun penduduk setempat. Perkara ini telah pun dibawa di dalam dewan pada sidang yang lalu dan sebelum ini supaya dapat diambil tindakan segera,” pohonnya.
Cikgu Aziz turut mencadangkan peruntukan kepada warga emas sebanyak RM600 selain hendaklah juga disalurkan kepada pakatan Persatuan Pemandu Teksi Bandar Maharani yang mempunyai keahlian seramai 70 anggota rata-rata warga emas.
“Isu pemandu teksi ini telahpun saya bangkitkan beberapa kali di persidangan, namun sehingga kini belum ada penyelesaian dan tindakan. Pemandu teksi di Muar masih mengadu atas kesempitan sara hidup mereka dari bersaing dengan e-Hailing.
“Pemandu teksi diharapkan boleh dilibatkan dalam perancangan memajukan bandar terutamanya di dalam aspek pelancongan saya bersetuju dengan cadangan menjadikan pemandu teksi ini sebagai ejen pelancongan,” ujarnya.
Turut diketengahkannya adalah isu elaun guru-guru atau kakitangan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang hanya diberikan sebanyak RM200 daripada Kerajaan Johor dan RM1,200 sebulan daripada Kerajaan Pusat.
Menurut beliau, seramai 15 tenaga pengajar dan seramai 40 pelatih orang kelainan upaya (OKU) berada di situ perlu dibantu, apatah lagi elaun mereka telah sekian lama tidak dinaikkan oleh kedua-dua kerajaan.
Perkara itu kemukanya, boleh diselaraskan dengan penetapan gaji minimum RM1,700 kerana guru-guru PDK tersebut mempunyai jasa besar dalam membantu pelatih OKU berkenaan.
Juga disentuhnya adalah kadar tambah nilai cukai harta yang dikenakan antara 70 hingga 100 peratus disebabkan harga rumah melebihi 10 tahun telahpun diselaraskan nilai tambah mengikut harga semasa.
“Contoh rumah yang dibeli pada tahun 2005 bernilai RM135,000 dengan kadar 0.1 peratus cukai yang dikenakan ialah RM135. Nilai rumah tersebut sekarang telahpun meningkat kepada RM293,00 dengan kadar cukai 0.8 peratus menjadikan cukai harta setahun telah meningkat kepada RM234.40.
“Kenaikan sebanyak RM99.40. Saya mencadangkan agar kenaikan cukai antara 0.02 hingga 0.3 peratus bagi meringankan beban rakyat yang ada pada hari ini. Suasana hari
ini rakyat terbelenggu dengan kod kos sara hidup yang meningkat.
“Ditambah pula dengan cukai kepada rakyat yang tinggi. Menambahkan lagi bebanan kewangan,” ujarnya memohon dipertimbangkan semula perkara tersebut. – HARAKAHDAILY 10/12/2024
Ulasan
Catat Ulasan