
Bila pengkritik dikritik oleh bijak pandai
January 23, 2025
SEMBILAN bekas Presiden Majlis Peguam menandatangani satu kenyataan bersama. Sembilan mereka itu terdiri daripada orang Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Tao, berbangsa Melayu, Cina dan India.
Mereka golongan terpelajar dan tahu undang-undang. Malah ada di antara mereka yang dikenali sebagai pejuang kebebasan undang-undang suatu ketika dahulu bersama Perdana Menteri ke-10 (PMX) sewaktu menjadi pembangkang.
Kerisauan mereka adalah sistem keadilan di Malaysia telah dilihat sebagai kurang berjaya dalam menangani isu-isu kebebasan kehakiman berbanding tiga PM yang lalu. Tekanan-tekanan dari kuasa luar, jelas berlaku dalam sistem kehakiman sekarang.
Mereka juga memetik ucapan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam menzahirkan kebimbangan berkenaan campur tangan luar dalam proses melantik hakim.
Dahulu isu VK Linggam yang dirakam oleh seorang individu Loh Gwo Burne yang kemudiannya menyebabkan beliau menang PRU di Parlimen Kelana Jaya mengalahkan calon MCA kerana kuatnya kehendak rakyat untuk membantu PMX melakukan reformasi kehakiman.
Sayangnya sehingga kini, keadaan campur tangan menjadi lebih parah di bawah pentadbiran PMX sebagaimana yang dikritik oleh mantan Presiden Majlis Peguam ini. Dan jelas ia sesuatu yang amat memalukan kerana janji-janji keadilan yang menggegarkan dahulu, kini sepi.
Dengan latar belakang agama dan bangsa mereka yang berbeza, tentulah ini bukan agenda politik atau yang sepertinya untuk menjatuhkan PMX. Tetapi bagi rakyat biasa, kita faham yang PMX bahawa laungan janji-janji yang dihidangkan dahulu hanyalah muslihat politik.
Ironinya, bandingan pentadbiran lebih baik itu dilakukan terhadap tiga orang PM sepanjang 2018-2022 yang mana antara PM ini dituduh sebagai merampas kuasa, seorang dari Umno yang tidak adil dan seorang lagi digelar Maha Firaun, menunjukkan kezaliman, kejahatan, kebobrokan beliau.
Tetapi akhirnya, ekonomi, kehakiman, pembangunan, yang dilakukan mantan PM itu jauh meninggalkan musuhnya. Dan sehingga sekarang PMX masih belum menemui bukti-bukti berbilion wang yang dimiliki oleh mantan PM dan anak-anak beliau.
Hanya penyokong tegar beliau sahaja yang masih buta hati. Apa yang dapatpun kita tak tahu. Yang miskin, tetap miskin, bukan selepas pertahankan PMX terus dia jadi jutawan. Dulu penyokong Umno dihina, sekarang mereka sudah ganti penyokong Umno.
MOHD NASIR ABDULLAH
23 Januari 2025 – HARAKAHDAILY 23/1/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Ulasan
Catat Ulasan