Himpunan solidariti Najib: Polis akan buka kertas siasatan
06 Januari 2025 03:50pm
Masa membaca: 1 minit
Antara penyokong Najib yang berkumpul sempena perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin. Gambar kecil: Aidi Sham
PUTRAJAYA - Polis akan membuka kertas siasatan berkaitan himpunan solidariti Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil berapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Dianggarkan lebih 900 individu yang hadir dan keadaan Masih terkawal tanpa sebarang provokasi,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Ahad, Aidi Sham dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada.
Polis juga mengawasi seluruh kawasan berhampiran Istana Kehakiman selain turut melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan masuk ke Putrajaya.
Kawalan diperketatkan dengan penempatan pegawai polis di setiap persimpangan menuju ke Istana Kehakiman.
Ulasan
Catat Ulasan